Tuesday, September 17, 2019

SELAMAT DATANG KE PUSAT SUMBER SK BUKIT KEMUNING 2

PENGENALAN

PUSAT SUMBER merupakan pusat maklumat yang sangat penting terutama bagi institusi pengajian seperti sekolah. Pusat Sumber Sekolah (PSS) berfungsi sebagai pusat pencarian maklumat yang membantu penggunanya, iaitu para pelajar dan guru dalam proses penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran. PSS menyediakan prasarana pembelajaran yang kondusif. PSS SKBK 2 bermatlamat meningkatkan mutu kurikulum dan ko-kurikulum SKBK 2.

VISI DAN MISI PSS SKBK 2

VISI

PUSAT SUMBER SK BUKIT KEMUNING 2 SEBAGAI SEBUAH GEDUNG ILMU YANG MEMBEKALKAN PRASANA MENUJU ERA TEKNOLOGI KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI BESTARI YANG BERTERUSAN

MISI

PUSAT SUMBER SK BUKIT KEMUNING 2 MEMBEKALKAN PRASARANA YANG BERKUALITI MENUJU ERA TEKNOLOGI DAN USAHA MEMPERKEMBANGKAN POTENSI, JATI DIRI PELAJAR, INOVATIF DAN PROAKTIF BERLANDASKAN PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA BAGI MEMBENTUK GENERASI CEMERLANG YANG BERTEPATAN DENGAN MOTO SEKOLAH IAITU KE ARAH GEMILANG WAWASAN

Tuesday, July 23, 2019

APA YANG DIMAKSUDKAN PUSAT SUMBER ?
KONSEP PUSAT SUMBER SEKOLAH
1.0         PENDAHULUAN
Kepantasan dan kecanggihan teknologi cetak, kemajuan dalam bidang telekomunikasi, radio , televisyen dan mikrokomputer serta satelit telah membawa kepada satu tahap ledakan maklumat yang belum pernah terjadi sebelumnya, penyampaian maklumat yang sungguh pantas di seluruh dunia dan perubahan besar dan penting dalam kesemua aspek hidup manusia.

Bagi menghadapi suasana demikian, pelajar mestilah bersedia untuk mengeksploitasi sumber-sumber teknologi pembawa maklumat. Pelajar perlu dibawa keluar daripada buku teks mereka, sekiranya mereka hendak mendapatkan maklumat yang lebih luas.

Aktiviti pengumpulan maklumat seumpama ini boleh dipromosikan melalui penggunaan Pusat Sumber Sekolah. Sekiranya ini dilaksanakan, PSS memenuhi peranannya sebagai pelengkap kepada kurikulum.
Penggabungjalinan Pusat Sumber Sekolah ke dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seharian sekolah akan menyumbang ke arah pembinaan proses pemikiran, kemahiran belajar, kebolehan pengendalian maklumat dan pemerolehan ilmu. Jadikanlah PSS sebahagian daripada aktiviti pedagogi dalam sistem sekolah kita supaya wujud suasana aktif dan menarik.
2.0         SEJARAH PENUBUHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
Perpustakaan Sekolah telah mula wujud sejak sebelum merdeka lagi, iaitu pada awal tahun 1950an, namun ianya tidak secara menyeluruh, dan perkembangan penubuhan perpustakaan tidak begitu diutamakan. Beberapa sekolah dipilih sebagai pusat bagi menempatkan beberapa jenis alat pandang dengar. Projek ini menemui kegagalan kerana tidak diuruskan dengan berkesan di samping kekurangan kakitangan terlatih.Pada tahun 1962, Persatuan Perpustakaan Persekutuan Tanah Melayu menggariskan standard minimum bagi perpustakaan di Malaya. Antaranya:

2.1           Semua koleksi ditempat di sebuah bilik khas
2.2           Guru Perpustakaan/Pusatakawan diberi kursus perpustakaan selama setahun.
2.3           Koleksi buku purata 10 judul bagi  1 pelajar.
2.4           2 hingga 3 naskhah akhbar.

Pada tahun 1962, Kementerian Pelajaran ( Pendidikan ) memperkenalkan kursus sepenuh masa bagi guru-guru Perpustakaan ini. Pengambilan pertama melibatkan serama 13 orang guru.Pada tahun 1964, Kementerian Pelajaran ( Pendidikan ) menerbitkan Manual Perpustakaan Sekolah ( “School Library Manual”) yang disediakan oleh Margeret Walker.Pada tahun 1965, TV Pendidikan telah memulakan satu program perintis bagi Sains Am (General Science) yang diterbitkan di bawah Kementerian Penerangan bersama Kementerian Pelajaran. Pada tahun 1966 pula, projek kedua melibatkan bidang Biologi ( Kajihayat).
Pada tahun 1967, Perpustakaan Sekolah diletakkan di bawah pengurusan Biro Buku Teks di Kementerian Pendidikan.
Pada tahun 1974, pengurusan Perpustakaan Sekolah diserahkan pula kepada Perkhidmatan Perpustakaan Sekolah, Pengurusan Sekolah Kementerian Pelajaran.
Pada 1 Mac 1983, Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah menggunakan istilah Pusat Sumber Sekolah bagi menggantikan istilah Perpustakaan Sekolah. Pusat Sumber Sekolah dapat memberi gambaran yang lebih tepat kerana Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan cetak dan bahan bukan cetak.
Pada tahun 1983 juga, diwujudkan Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN). Empat buah negeri telah dipilih iaitu Negeri Kedah, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Negeri yang tiada mempunyai PSPN, Unit Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri menjalankan peranan yang sama.
Unit Teknologi Pendidikan ini akhirnya dinaiktarafkan kepada Pusat Sumber Pendidikan Negeri pada tahun 1997.
3.0     FALSAFAH PUSAT SUMBER SEKOLAH
PSS adalah satu sistem yang hidup yang menekankan aktiviti dan perancangan tersusun dalam erti kata ia bukannya koleksi atau tempat menyimpan alat dan bahan tetapi satu jalinan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang aktif dan praktik melalui penggunaan deria-deria dan anggota. Ini bererti proses pengajaran-pembelajaran berlaku dengan seronok dan berkesan yang berakhir dengan “Peningkatan pembelajaran tanpa tungkus lumus pengajaran”.
Daripada falsafah di atas, butir-butir takrifan berikut perlu dihayati:
3.1        PSS merupakan tempat aktiviti akademik yang melibatkan pengalaman    praktik guru dan juga murid.
3.2        Ia adalah satu sistem atau pusat perkhidmatan untuk menolong
pencapaian matlamat kurikulum.
3.3        Himpunan atau koleksi alatan dan bahan adalah hanya satu kaedah, sedangkan matlamat sebenarnya ialah aktiviti yang dinamis.
4        DEFINISI PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)
4.1  PSS sebagai satu tempat terkumpulnya berbagai alat dan bahan media pendidikan yang telah dikelas, dikatalog dan disusun-atur untuk memudahkan pengguna di samping merupakan satu kemudahan di mana guru dapat berkumpul, berunding sesama sendiri, memilih, merencana, menerbit dan seterusnya menggunakan alat dan bahan pengajaran dengan pertimbangan untuk menambah kecekapan ikhtisas guru demi meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.
-Yusuf Hashim-Ke Arah Mengintergrasikan Perpustakaan Sekolah ke PSS

4.2  Menyimpan dan memberi perkhidmatan mengenai berbagai sumber pengajaran pemelajaran. Menyimpan rekod-rekod bahan. Memberi perkhidmatan maklumat mengenai bahan dan organisasi. Mempunyai ruang-ruang kegiatan. Terletak berhampiran dengan semua tempat belajar yang lain.
-RPA Adwards-Resources In Schools

4.3  PSS merupakan satu sistem perkhidmatan yang membolehkan semua pihak/pengguna mencapai matlamat pengajiannya. Ia lebih merupakan punca segala aktiviti ke arah tercapainya matlamat pendidikan yang berkesan dan bermutu.

-Daud Hj. Mohd.Noor- Mengenai dan Memahami PSS Anda
4.4  PSS adalah satu tempat di mana guru-guru dengan bimbingan ahli-ahli perunding, pakar-pakar/kakitangan sumber kesemuanya sama-sama merencana, membina dan mengeluarkan bahan-bahan kurikulum, menggunakan dapatan-dapatan penyelidikan dan menyedia/menerima pendidikan dalam perkhidmatan dengan pertimbangan untuk menambah lagi iktisas guru-guru bagi memenuhi keperluan pendidikan murid mereka.

-Dr.Wan Zahid Nordin- PSS Satu Tinjauan Konsep
4.5  PSS ialah pusat yang mengumpul ,menyebarkan berbagai maklumat dalam beberapa bilik/bangunan yang diuruskan secara sistematik oleh kakitangan media yang terlatih untuk membina berbagai perkhidmatan bagi mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
-Kasim Abbas- Pusat Sumber Sekolah – Struktur dan Organisasi.
5        KONSEP  PUSAT SUMBER SEKOLAH
Ciri-ciri yang terdapat di dalam definisi PSS di atas, kita boleh mengkonsepsikan bahawa PSS yang unggul mempunyai aspek-aspek yang berikut :
5.1  Kemudahan fizikal
5.2  Koleksi berbagai jenis bahan(cetak dan bukan cetak)
5.3  Pengurusan yang teratur
5.4  Kakitangan media yang terlatih
5.5  Menawarkan berbagai jenis perkhidmatan
5.6  Ada matlamat dan objektif
4.1.1      Aspek Kemudahan Fizikal
Untuk PSS beroperasi, kemudahan fizikal atau tempat amat mustahak. Kemudahan fizikal boleh dalam bentuk satu bangunan khas, satu blok bangunan, beberapa bilik, satu bilik sahaja ataupun hanya merupakan sudut-sudut di dalam bilik darjah. Ketentuan ini bergantung kepada kemampuan sekolah masing-masing.
4.1.2        Koleksi Bahan
Koleksi bahan buku dan bukan buku yang boleh membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada bagi keperluan guru atau murid.
4.1.3        Aspek Pengurusan Yang Teratur
PSS mesti diurus secara sistematik dengan menggunakan sistem Dewey. Bagi memastikan pengurusan berjalan lancar, Jawatankuasa Induk PSS yang dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar mestilah ditubuhkan. Jawatankuasa ini hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
4.1.4        Aspek Kakitangan Media Terlatih
Kakitangan yang menguruskan PSS mestilah telah menjalani kursus khas yang dianjurkan oleh agensi yang bertanggungjawab. Contohnya:
i.                     Ijazah Sains Perpustakaan/ Kajian maklumat
ii.                   Kursus Sains Perpustakaan 1 tahun MPIK
iii.                  Kursus Pengurusan Sumber 1 tahun IPDA
iv.                 Kursus Pengurusan Pusat Sumber 3 bulan/1 bulan IAB
v.                  Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber 35 jam anjuran BTP/ JPN/PSPN/PKG
REPORT THIS AD

4.1.5        Aspek Jenis Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan oleh PSS adalah bergantung kepada keperluan, kemampuan kewangan dan fizikal serta tenaga mahir yang ada di sekolah. Walau bagaimanapun tiga perkhidmatan asas berikut perlu diadakan, iaitu:
i.                     Perkhidmatan perpustakaan
ii.                   Perkhidmatan radio/TVP/bilik tayang
iii.                  Perkhidmatan Bahan bantu mengajar (BBM)
Sekolah yang mampu boleh menyediakan perkhidmatan yang lain seperti:
i.                     Perkhidmatan rakaman – studio
ii.                   Perkhidmatan fotografi
iii.                  Perkhidmatan percetakan
iv.                 Perkhidmatan internet
v.                  Dan lain-lain.
4.1.6      Matlamat dan Objektif Matlamat
i.                    Mempertingkatkan mutu pendidikan di Sekolah
ii.                  Membantu mempertingkatkan profesionalisme guru-guru agar lebih berilmu, dinamis, kreatif dan inovatif.
iii.                Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
Objektif
i.                  Menyediakan kemudahan alat dan bahan (perkakasan dan perisian) untuk membantu guru dan
pelajar melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
ii.                 Menyediakan bahan-bahan yang sesuai bagi memupuk minat membaca dan belajar sendiri di kalangan pelajar.
iii.                Mewujudkan satu iklim atau suasana yang boleh menggalakkan perubahan sikap di kalangan guru dan murid
dari segi kaedah pengajaran yang berbagai dan aktiviti pembelajaran yang berpusatkan pelajar.
iv.               Meningkatkan mutu pengajaran guru dan taraf pencapaian pelajar.
6        FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH
6.1  Mengumpul atau memperoleh bahan koleksi daripada berbagai jenis dan bentuk yang difikirkan sesuai untuk pembelajaran,sama ada didapati secara percuma, dibeli atau dibekalkan oleh pihak tertentu.
6.2  Menghasil atau mengeluarkan bahan pembelajaran sendiri sama ada secara individu atau kumpulan daripada bahan-bahan yang dibeli atau barangan terpakai.
6.3  Mengorganisasi atau menyusun bahan-bahan secara sistematik.
6.4  Mengedar atau menyebarkan maklumat mengenai bahan yang terdapat di PSS supaya dapat digunakan secara maksimum oleh semua pelajar dan guru.
6.5  Memberi panduan, bimbingan dan nasihat kepada pengguna mengenai perkhidmatan yang ditawarkan dan lokasi bahan atau alatan.
REPORT THIS AD

7        PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
7.1  Sebagai pusat ilmu iaitu mempunyai perbendaharaan ilmu yang banyak.
7.2  Pusat pembelajaran iaitu melalui pelbagai sumber dan perkhidmatan yang disediakan.
7.3  Pusat pengajaran iaitu tempat untuk guru mengajar dengan berkesan melalui kemudahan canggih yang disediakan.
7.4  Pusat profesional iaitu melalui latihan dalaman atau perbincangan kumpulan. Keempat-empat peranan Pusat Sumber ini berkait rapat dengan fungsi utama Pusat Sumber, iaitu pengumpulan,penyebaran,penyusunan dan penggunaan atau penyebaran maklumat.
8        PUSAT SUMBER ELEKTRONIK
Koleksi PSS bukan hanya terhad kepada bahan cetak,audio dan video sahaja, tetapi dalam bentuk cakera liut dan cakera padat. Dengan perkembangan teknologi terkini di Pusat Sumber, membolehkan penggunannya mendapatkan maklumat yang luas dari seluruh dunia melalui jaring dan internet.
Apabila Pusat Sumber dapat menyediakan bahan dalam bentuk teks dan elektronik serta dalam masa yang sama menyediakan kemudahan bagi mencapai maklumat dari luar ruangnya melalui jaringan telekomunikasi komputer, maka Pusat Sumber itu dapat dikenali sebagai Pusat Sumber Elektronik ( Saidina Omar, 1996).  Biasanya ciri-ciri penting PSE ialah penggunaan meluas akan alat elektronik di dalam penyimpanan, pencarian kembali dan penyebaran maklumat. Manakala Dowlin (Kenneth Dowlin,1984) menghuraikan ciri-ciri Pusat Sumber Elektronik seperti berikut:
8.1  Menguruskan bahan-bahan dengan menggunakan komputer;
8.2  Berupaya menemukan pencari maklumat dengan maklumat itu sendiri secara elektronik, dan
8.3  Keupayaan untuk menyimpan,mengurus dan menyebarkan maklumat kepada pengguna secara elektronik.
Ciri-ciri tersebut jelas membayangkan bahawa PSE itu, adalah merupakan satu organisasi maklumat yang menggabungkan penggunaan alat-alat elektronik di dalam perkhidmatannya. Kejelasan ciri-ciri Pse dapat terangkum dalam definisi “Perpustakaan digital” yang diberikan oleh Henry M.Gladney (1994) sebagai:
“A Digital Library is an assemblage of digital computing, storage and comminications machinery together with the content and software needed to reproduce, emulate and extend the services provided by conventional libraries based on paper and ather material means of collecting, cataloging, finding, and disseminating information. A full services digital library must accomplish all essential services of tradisional libraries and also exploit the well-known advantages of digital storage, searching and communication”.
8.0     FALSAFAH PUSAT SUMBER SEKOLAH
PSS adalah satu sistem yang hidup yang menekankan aktiviti dan perancangan tersusun dalam erti kata ia bukannya koleksi atau tempat menyimpan alat dan bahan tetapi satu jalinan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang aktif dan praktik melalui penggunaan deria-deria dan anggota. Ini bererti proses pengajaran-pembelajaran berlaku dengan seronok dan berkesan yang berakhir dengan “Peningkatan pembelajaran tanpa tungkus lumus pengajaran”.
Daripada falsafah di atas, butir-butir takrifan berikut perlu dihayati:
8.4  PSS merupakan tempat aktiviti akademik yang melibatkan pengalaman praktik guru dan juga murid.
8.5  Ia adalah satu sistem atau pusat perkhidmatan untuk menolong pencapaian matlamat kurikulum.
8.6  Himpunan atau koleksi alatan dan bahan adalah hanya satu kaedah, sedangkan matlamat sebenarnya ialah aktiviti yang dinamis.
8.7  Untuk menjadikannya satu tumpuan aktiviti, yakni sebagai nadi pengajaran dan pembelajaran, “Semangat PSS” perlu dipupuk di kalangan guru dan pelajar.
Advertisements

Thursday, June 13, 2019

LITERASI MAKLUMAT

KONSEP LITERASI MAKLUMAT

Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.
Kepentingan Literasi Maklumat
Dasar pembangunan negara: 
  1. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan k-ekonomi dan k-masyarakat.
  2. Memperkukuhkan pembangunan modal insan untuk menghasilkan tenaga manusia berpengetahuan
  3. Kerajaan menghendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan menguasai pengetahuan IT
  4. Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,   berterampilan dan sejahtera selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  5. Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Bestari yang berpusatkan pelajar dan dipermudahkan dengan bantuan ICT
  6. Pembangunan ICT dalam pendidikan
  7. Hidup dan bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu bergantung kepada maklumat
  8. Belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan seumur hidup

Dari aspek Ekonomi
Menurut Barner (1996) beberapa budaya di tempat kerja telah dikenal pasti. Berasaskan budaya-budaya ini, pekerja zaman ,maklumat ini perlulah mereka yang mempunyai literasi maklumat bagi memenuhi keperluan :
  1. Organisasi  maya (Virtual Organization)
  2. Bertindak  sebagai Pembekal, Pengeluar dan Pengurus Maklumat
  3. Ramai pekerja sementara, sambilan dan dari latar belakang yang      pelbagai
  4. Penggunaan   komputer dan sistem elektronik
  5. Setiap   organisasi dan individu perlu terus belajar dan mengikuti latihan(Learning      Organization)

Siapakah yang dikatakan sebagai seorang yang “Berliterasi Maklumat”?
  1. boleh  mengenalpasti maklumat yang diperlukan
  2. boleh  mengenalpasti bila maklumat diperlukan
  3. bagaimana dan di mana maklumat boleh dikesan
  4. menilai secara kritikal maklumat dan sumber maklumat
  5. menggunakan maklumat bagi tujuan tertentu dan mengikut keutamaan
  6. melaporkan maklumat dengan berkesan sama ada secara verbal , penulisan      atau teknologi
  7. mengguna maklumat yang diperolehi secara beretika.
5 ELEMEN LITERASI MAKLUMAT
1.0. KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF
10. KEMAHIRAN MAKLUMAT / PERPUSTAKAAN
1.1 Lokasi bahan
1.2 Sistem pengkelasan perpuluhan Dewey
1.3 Bahan-bahan bercetak (Jenis-jenis buku)
1.4 Bahan-bahan Bukan bercetak .
2.1 Penggunaan lembaran pengurusan grafik
2.2 Membanding beza
2.3 Membuat ramalan dan sebagainya
3. KEMAHIRAN BELAJAR
3.1 Membaca
3.2 Teknik mencatat Nota
4. KEMAHIRAN KOMUNIKASI / MENYAMPAIKAN MAKLUMAT
4.1 Verbal – mendapat dan melaporkan maklumat yang diperoleh.
4.2 Menyampaikan maklumat secara bertulis melalui laporan penyelidikan dan sebagainya.
4.3 Menyediakan citation / nota kaki dan rujukan.
5. KEMAHIRAN ICT
5.1 Pencarian maklumat digital, pangkalan data dan enjin carian.
5.2 Menghasilkan laman web, broser, dan risalah.
5.3 Menggunakan perisian-perisian multimedia.
PERANAN LITERSI MAKLUMAT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai strategi pengajaran melalui:
1. Kerja kursus
2. Projek khusus mata pelajaran Tertentu
3. Aktiviti kelas
4. Aktiviti ko-kurikulum
5. Kerja kendiri
6. Program/aktiviti PSS
7. Program membaca
Di Malaysia  model-model yang diguna pakai  adalah :
a. The Big6 Skills – Eisenberg and Berkowitz
Definisi   Tugasan
  1. Kenalpasti masalah
  2.  Kenalpasti keperluan maklumat
Strategi Pencarian Maklumat
  •   kenalpasti sumber maklumat yang mungkin pilih maklumat   mengikut keutamaan
Lokasi   dan Akses
  •   kenalpasti lokasi maklumat yang akan dicari (termasuk pengkalan data atas talian)
  •   mencari maklumat yang relevan
Mengguna   maklumat
  1. kenalpasti jenis maklumat sama ada fakta atau pendapat
  2. meringkaskan maklumat yang panjang lebar
  3. mencatat  sumber maklumat yang diperolehi
  4. membaca, mendengar, mencatat maklumat yang diperolehi dengan tepat
Sintesis
  1. mengurus  dan merumus maklumat yang diperolehi dengan jelas
  2. melapor maklumat yang diperolehi dengan jelas
  3. mengambil  bahagian dalam perbincangan mengenai maklumat yang diperoleh
  4. mempersembah maklumat yang diperolehi sesuai dengan mesej, media dan penonton.
Penilaian
  1. menilai keberkesanan hasil pencarian maklumat
  2. menilai  proses perjalanan pencarian maklumat
  3. mencadangkan  penambahbaikan
  4. kenalpasti  keperluan mencari maklumat lanjut terhadap sebarang kekurangan

Petunjuk kejayaan sesuatu program literasi maklumat di sekolah
  1.  Peningkatan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah
  2. Peningkatan Permintaan Terhadap Bahan Maklumat
  3. Peningkatan Permintaan Terhadap Akses Kepada Maklumat
  4. Peningkatan Penyebaran Maklumat
  5.   Peningkatan Pencapaian Akademik
  6. Peningkatan Pencapaian Ko-Kurikulum.
  7. Aktivti penyelesaian masalah dan lain-lain.

Monday, April 22, 2019

ETIKA ALAM SIBER


ETIKA ALAM SIBER


ETIKA DI ALAM SIBER
Oleh
Zuridah Hanim bt Md. Akhir
(SEPERTI YANG DISIARKAN DALAM DEWAN SISWA FEBRUARI 2013)
Kes 1:
Avatar :  Aaron Aziz
Nama pena : Pemuda kacak
Kerjaya : Pramugara
Identiti sebenar : pelajar lelaki tingkatan dua

Kes 2 :
Avatar :  Song  Hye Kyo  (Artis Korea) Song Hye Kyo
Nama pena : Annyeong Hasayo
Kerjaya : Model Sambilan
Identiti sebenar : pelajar perempuan  darjah enam.

Fenomena ini bukanlah suatu yang luar biasa. Ramai yang bersembunyi di sebalik wajah orang lain apabila berinteraksi di alam siber. Berdasarkan perangkaan pada tahun 2008, remaja antara  umur 15  hingga 19 tahun merupakan peratusan pengguna terbesar di alam siber. Anak-anak yang dilahirkan antara tahun 1980an hinggalah penghujung 2001 atau lebih sinonim dengan nama Generasi Y telah menjadikan internet terutamanya laman jaringan sosial seperti “Facebook”, “You Tube”, “Twitter” dan “Myspace” sebagai sebahagian daripada keperluan hidup mereka. Malah adalah menghairankan dan dianggap tidak mengikut tren seandainya mereka tidak mempunyai akaun e-mel sendiri.  Dunia siber umpama  ruang pasar yang amat luas, misteri, bersifat global dan segalanya yang berlaku tidak mewajibkan kita bertemu secara nyata di alam sebenar.

Apakah yang dimaksudkan dengan alam siber ? Menurut kamus Dewan, siber bermaksud sesuatu yang dikaitkan dengan komputer dan internet. Istilah dunia siber mula diperkenalkan oleh seorang penulis sains fiksyen, William Gibson pada tahun 1984.  Menerusi buku fiksyennya yang bertajuk  “Neuromancer”, beliau menggambarkan alam siber sebagai satu istilah tekno yang berfungsi sebagai kata laluan untuk semua idea sibernatik. Kini istilah ini digunakan secara meluas untuk menggambarkan sesuatu yang berkaitan dengan komputer, teknologi  maklumat,  internet dan pelbagai budaya internet yang merujuk kepada dunia atas talian sebagai media komunikasi.
Selaras dengan perkembangan internet Web 2.0, berlaku gelombang besar dalam peranan pengguna siber. Mereka tidak lagi sekadar menjadi pemerhati tetapi turut menjadi penyumbang kepada kandungan laman web. Menerusi aplikasi jaringan sosial seperti Twitter dan Facebook, ruangan forum dan blog, pengguna disediakan platform untuk menyumbangkan bahan seperti gambar (flickr), video (You Tube), lagu (Project Playlist) mahupun urusniaga jual beli produk menerusi mudah.com, eBay atau lelong. Peranan yang dimainkan oleh setiap individu  di alam siber membolehkan setiap insan mempunyai kuasa tersendiri walaupun bersembunyai di sebalik ‘avatar’ dan nama samaran. Risiko kecurian maklumat peribadi, gambar dan video yang dimuat naik amat tinggi apatah lagi ramai pengguna khasnya golongan remaja dengan mudah mendedahkan maklumat diri masing-masing.  Keadaan ini mendedahkan pengguna khasnya golongan remaja kepada jenayah di alam siber !

Jenayah Alam Siber
Menurut CyberSecurity Malaysia, sebanyak 4000 kes jenayah siber telah dilaporkan sejak tahun 2008. ZDNet Asia pula melaporkan 75 peratus responden di rantau ini mengatakan sistem mereka dicerobohi penjenayah siber pada tahun 2009. Kes-kes ini biasanya melibatkan penggodam professional yang mempunyai tahap kemahiran komputer yang tinggi sehingga berjaya menceroboh laman-laman web persendirian,  kerajaan dan bank-bank bertaraf antarabangsa. Kesannya, berlaku proses pindahan wang bernilai jutaan ringgit. Kes-kes sebegini tidak harus dipandang ringan kerana jenayah siber yang dilakukan oleh penggodam profesonal ini hanya perlu mendapatkan  maklumat menerusi akaun e-mel peribadi mangsa. Kecurian maklumat peribadi  bermakna  penggodam bebas melakukan apa sahaja dengan menggunakan identiti mangsa ! Terdapat beberapa kes jenayah siber  berlaku yang hanya bermula dari pencerobohan akaun e-mel peribadi
  1. Akaun e-mel digunakan untuk menghantar   mesej berbentuk lucah kepada teman-teman, rakan sekerja, klien-klien dan   majikan. Kesannya, mangsa dibuang kerja atas alasan beliau merupakan individu  yang tidak beretika dan memalukan organisasi.
  2. Transaksi pengeluaran wang menerusi   perbankan internet oleh pihak ketiga. Terdapat penggodam licik yang membuat tranksaksi secara berkala tetapi berterusan melibatkan ratusan akaun peribadi sehingga tidak disedari oleh pemilik sebenar akaun.
  3. Mangsa ditipu menerusi laman web ‘bank  palsu’. Apabila mangsa melayari laman web tersebut untuk membuat perbankan internet dengan memasukkan nombor akaun dan nombor pin, penggodam dapat  menjejaki identiti dan membuat transaksi di laman web bank sebenar.
  4. Mangsa dirogol  dan kemudian dilacurkan setelah keluar  dengan “kekasih’ yang dikenali secara maya. Mangsa berkenalan secara maya  menerusi ruangan ‘sembang’. Kebanyakan ibu bapa mangsa terkejut dengan kejadian      ini kerana beranggapan anak-anak mereka seorang yang anti-sosial dan lebih    gemar menghabiskan masa berada di rumah terutama di depan skrin komputer.
  5. Seorang remaja wanita terkejut dan menyesal   apabila rakaman aksi ghairahnya yang “dihadiahkan” kepada teman lelakinya  telah dimuat naik menerusi ‘You Tube’ setelah mereka bergaduh sehingga  menyebabkan perpisahan.
  6. Mangsa menerima e-mel dan mesej pesanan   ringkas (SMS)  palsu  kononnya dari Bank Negara Malaysia, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, atau pengawai bank. Mangsa diminta membuat  pindahan wang atau memberikan nombor akaun beserta nombor  pin untuk memudahkan urusan. Maklumat      mangsa  diperoleh dari internet.
  7. Seorang remaja lelaki berusia sebelas  tahun  sering diganggu fidofilia   yang menghantar gambar porno kepadanya sehingga menyebabkan gangguan      emosi.
  8. Mangsa kehilangan kontrak jutaan ringgit   apabila e-mel yang ditunggu tidak kunjung tiba walaupun pengirim telah  menghantarnya beberapa kali. Kejadian ini berlaku apabila akaun e-mel  mangsa tiba-tiba penuh dengan ‘spam’ yang dihantar menyebabkan sebarang   mesej terbaru tidak dapat diterima.

Dalam dunia internet hari ini, penggodam tidak semestinya  mereka yang benar-benar pakar dalam bidang komputer. Terdapat beberapa kes yang berlaku, penggodam hanyalah kanak-kanak atau remaja belasan tahun. Tiada keperluan khusus untuk menjadi penggodam kecuali berniat jahat, mempunyai kemahiran komputer dan tidak mudah putus asa berusaha. Tambahan pula teknik menggodam boleh didapati dengan mudah menerusi internet. Di samping itu, teknik penipuan juga membabitkan kes mencuri identiti,  spam, “phishing”, pencurian data, “malware” dan sebagainya.

Etika di alam Siber.
Para remaja boleh mengelakkan diri dari menjadi mangsa siber sekiranya berada di alam maya secara beretika. Pendedahan berkaitan jenayah siber perlu didedahkan supaya para remaja mengetahui risiko yag bakal diterima dan sentiasa berusaha untuk mengelak dari menjadi mangsa. Berfikirlah dahulu sebelum mendedahkan maklumat peribadi di ruang maya dan belajarlah kaedah melindungi diri dan pengguna lain daripada terjebak. Kepercayaan tidak boleh diberi kepada individu yang dikenali menerusi internet.
Terdapat beberapa garis panduan  yang perlu dipatuhi pengguna  komputer. Yang pertama, melaburlah untuk membeli program antivirus yang  baik dan menyediakan pertahanan yang secukupnya pada komputer peribadi anda. Sebaik-baiknya komputer peribadi anda mempunyai ‘firewall” untuk mengelakkan daripada mudah dicerobohi. Kata laluan perlu sentiasa dikemaskini dengan  penggunaan aksara yang lebih selamat dan sukar diakses oleh orang lain. Jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi kepada orang lain.
Kedua, jangan sesekali membuka e-mel daripada orang yang tidak anda kenali, yang tiada tajuk atau meragukan. Terus buang e-mel berkenaan. Jika anda membuka juga e-mel berkenaan, pastikan anda tidak terus menekan pada pautan yang disediakan. Biasanya transaksi rasmi dalam talian tidak akan menghantar emel yang mempunyai pautan di dalamnya.
Seterusnya, berhati-hatilah apabila bersembang menggunakan ruangan ‘chatting atau messenger’ dengan orang yang tidak dikenali. Sebaiknya, abaikan sahaja mesej yang diterima. Penipu biasanya mempunyai kemahiran hebat mempengaruhi mangsa dengan kata-kata. Elakkan menjadi terlalu peramah atau memasang angan-angan  mencari  kenalan di ruangan maya. Banyak kes rogol, penculikan dan pembunuhan bermula daripada ruangan sembang di internet. Jangan mudah membuat temu janji. Sekiranya anda bersetuju untuk bertemu, anda sebenarnya telah meletakkan sebelah kaki anda dalam perangkap mereka.
Keempat, jangan buka sebarang lampiran (“attachment”) yang  dihantar tanpa dimbas terlebih dahulu. Terdapat juga lampiran yang dihantar menggunakan identiti  mereka yang dikenali. Identiti ini boleh diperoleh dengan mencuri masuk ke dalam “Microsoft Outlook” pada komputer. Di samping itu, jangan mudah terpedaya dengan godaan untuk menjadi  kaya dengan cepat  menerusi pelaburan yang menjanjikan keuntungan berlipat ganda. Sebaik-baiknya hadirilah kursus pemasaran di internet yang dianjurkan secara berdaftar sekiranya akan berminat mencari  wang sampingan di internet.
Selain itu, jangan mudah mengeluarkan wang sebagai deposit untuk mendapatkan sesuatu yang dijanjikan. Antara yang kerap menarik perhatian remaja kini ialah menjadi responden soal selidik yang kononnya diuruskan oleh agen yang bekerja untuk syarikat korporat atau bekerja sampingan di rumah untuk menjana pendapatan. Iklan sebegini memerlukan anda mengeluarkan sedikit wang sebagai modal. Sebenarnya kebanyakan syarikat yang terlibat tidak membuat sebarang perniagaan yang dijanjikan sebaliknya memperoleh pendapatan menerusi kutipan deposit secara berantai daripada mangsa.
Gunakanlah fikiran yang rasional dan waras semasa membuat penilaian untuk  mendapatkan sebarang sumber maklumat di internet. Tidak semua yang dipaparkan dalam internet adalah benar. Malah terdapat penulis blog yang menggunakan internet sebagai media untuk mempengaruhi orang lain. Bagi remaja Islam, penilaian yang teliti perlu dibuat kepada sebarang fakta terutama yang melibatkan hukum hakam Islam. Pastikannya anda mendapat fakta yang betul daripada laman web yang berdaftar.
Sebagai remaja yang kebanyakkannya masih menuntut ilmu, internet merupakan sumber terpantas bagi mendapatkan maklumat. Setiap ilmu yang diperoleh perlu dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan. Jangan sesekali mempunyai niat mencari ilmu yang boleh memudaratkan diri dan orang lain. Kebebasan memperoleh maklumat di hujung jari ini memerlukan kekuatan dalaman diri agar wujud satu dinding yang memisahkan kita dengan maklumat-maklumat yang tidak perlu.
Akhir sekali, letakkan tujuan sebenar kita melayari internet. Jangan sesekali tersilap dan tergoda dengan paparan untuk melayari laman web yag boleh menggoda diri atau menaikkan nafsu anda. Elakkan sama sekali melayari laman web porno. Bukan sahaja berdosa di sisi agama, malah laman web porno akan melahirkan generasi muda yang rosak pemikirannya, mempunyai minda yang kotor serta boleh menyebabkan ketagihan yang teruk. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Ketagihan melayari laman web porno sama seperti mengalami masalah ketagihan dadah, arak atau seks yang sukar diatasi. Gejala ini turut memberi kesan kepada kesihatan diri dalam jangka panjang.
Sebagai langkah perlindungan,  para remaja boleh mengambil langkah-langkah berikut semasa menggunakan internet:-
  1. Melindungi maklumat peribadi dengan tidak memberi nombor akaun anda      kepada orang yang tidak dikenali.
  2. Melindungi kata laluan dan tidak mendedahkan kepada orang lain. Hal      ini termasuklah tidak melekatkan kata laluan di tempat umum atau      menyimpannya di dalam dompet. Dikuatiri apabila anda kehilangan dompet,      anda juga turut kehilangan pelbagai benda lain termasuk maruah diri.
  3. Mengenali dan tahu  dengan      siapa anda berurusan  menerusi ruang      internet.
  4. Sentiasa mengemaskini perisian anti-virus, anti-spyware dan      mempunyai ‘firewall` yang aktif untuk melindungi komputer anda.
  5. Senantiasa membuat salinan pada fail-fail yang penting dan disimpan      di tempat yang selamat.

Tindakan yang Melanggar Etika
Selaku pengguna internet yang beretika, para remaja perlulah menyedari bahawa adalah menjadi satu kesalahan sekiranya melakukan perkara-perkara berikut di ruang maya samada  secara langsung mahupun tidak langsung dengan bersubahat dengan orang lain dalam aktiviti  :-
  1. Menyalur sebarang      bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau      menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar Negara.
  2. Menggalakkan perilaku      yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan serta perlanggaran undang-undang      Malaysia dan antarabangsa.
  3. Menganjurkan aktiviti      yang membahayakan individu, organisasi atau masyarakat.
  4. Menggalakkan,      membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, surat      berantai dan skim piramid serta lain-lain aktiviti yang dilarang oleh      Perlembagaan Malaysia.
  5. Menghantar iklan yang      tidak dikehendaki menerusi emel, sengaja membanjiri akaun e-mel orang lain      dengan menghantar emel yang sama atau bersaiz besar atau menghantar mesej      yang sama kepada banyak kumpulan berita (“newsgroup”).
  6. Memalsukan e-mel      untuk mengelirukan penerima.
  7. Menceroboh      (“hacking”) sistem kepunyaan orang lain secara haram sehingga terdapat      gangguan sistem.
  8. Memberi maklumat yang      salah kepada sebarang borang, kontrak atau permohonan atas talian termasuk      memalsukan kad kredit.
  9. Melaksanakan sebarang      bentuk pemantauan rangkaian bagi mencuri atau memintas data pihak lain.

Semuanya di hujung jari anda !  Perubahan gaya hidup dan ledakan kemajuan maklumat memerlukan etika yang tinggi agar kita dapat sama-sama melahirkan generasi celik komputer yang beretika. Sememangnya remaja hari ini mempunyai cabaran besar dalam menentukan kesahihan maklumat, mengelakkan diri dari menjadi pelayar web negatif dan tidak mengunakan ruang maya untuk mengfitnah.  Elakkan daripada melakukan pencemaran bahasa . Pepatah Melayu ada menyebut
“Yang kurik itu Kendi , yang merah itu saga”
“Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa “
Remaja yang menyentuh papan kekunci komputer perlulah mengamalkan etika yang telah digariskan dan melayari internet dengan penuh tanggungjawab supaya perubahan corak hidup moden yang kita alami hari ini tidak akan merubah paradigma sosiobudaya dan bahasa komunikasi kita seharian. Jangan biarkan fikiran dan tindak tanduk kita dijajah oleh alam siber dan jaringan maya ciptaan kita sendiri. Jadikanlah pegangan agama sebagai rujukan. Segalanya ditangan kita !
,

SUDUT PERMAINAN DALAMAN


Friday, February 15, 2019

Monday, January 7, 2019

PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Peraturan PSS

1. Waktu perkhidmatan

Isnin - Khamis : 8.00 pagi - 4.30 petang | 4.30 petang - 6.30 petang (mengikut keperluan pelajar/guru)
Jumaat : 8.00 pagi - 12.30 tengahari | 2.30 petang- 4.30 petang
Sabtu : Mengikut keperluan pelajar / guru
Ahad : Ditutup
2. Keahlian

Ahli Tetap : Pelajar-pelajar, guru-guru tetap dan semua kakitangan SKBK 2, Shah Alam (menggunakan “ PSS card”)
Ahli Sementara : Guru sandaran, guru praktikal dan AJK PIBG (menggunakan kad sementara)
* semua pelajar dan guru diwajibkan menjadi ahli PSS

3. Kad Keahlian

Setiap ahli perlu memiliki “PSS card”
“PSS card” tidak boleh dipindah milik
“PSS card” yang rosak atau hilang boleh diperbaharui semula dengan membeli kad yang baru melalui guru PSS.

4. Denda

Butir                                         Denda
Lewat memulangkan buku         20 sen sehari termasuk hari cuti
Buku/Bahan hilang/rosak         Ganti rugi mengikut harga buku / bahan tersebut
Gagal mematuhi peraturan PSS Tindakan disiplin akan dikenakan

TATATERTIB SEMASA DI PSS


  1. Pelajar diwajibkan memakai unifom sekolah atau T-shirt sekolah di dalam PSS.
  2. Pelajar dilarang memakai selipar di dalam PSS.
  3. Pelajar kelas dikehendaki berbaris di luar PSS jika mengunjungi PSS bersama guru pengiring.
  4. Pengguna dilarang membawa masuk beg. Beg hendaklah disimpan di dalam loker yang disediakan.
  5. Pengguna dilarang membawa masuk buku-buku rujukan sendiri kecuali buku nota dan alat tulis sahaja.
  6. Pengguna perlu merekod penggunaan PSS di dalam buku rekod penggunaan PSS yang berkaitan.
  7. Pengguna dilarang membuat bising semasa berada di PSS.
  8. Pengguna dikehendaki meletak buku yang telah dibaca di atas troli yang disediakan. BUKU TIDAK PERLU DILETAK SEMULA DI ATAS RAK.
  9. Pengguna diminta menyusun meja dan kerusi dalam keadaan teratur sebelum meninggalkan PSS.
  10. Pengguna dilarang membawa keluar peralatan PSS tanpa kebenaran guru atau pengawas bertugas.
  11. Pengguna dilarang merosakkan buku dan peralatan di PSS.
  12. Pengguna dilarang makan dan minum di PSS.
  13. Pengguna diminta memberikan kerjasama yang baik kepada guru dan pengawas PSS.
  14. Guru dan pengawas PSS berhak meminta pengguna yang tidak mematuhi peraturan meninggalkan perpustakaan.
  15. Pihak PSS berhak meminda masa perkhidmatan, menarik balik kemudahan-kemudahan dan meminda mana-mana peraturan dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Sebarang pengumuman akan ditampalkan di papan kenyataan dan pintu masuk utama perpustakaan.

PERATURAN PENGGUNAAN BILIK RUJUKAN KHAS (RED SPOT)


  1. Pelajar perlu meminta kebenaran daripada guru atau pengawas bertugas.
  2. Pengguna perlu merekod penggunaan di dalam buku yang disediakan.
  3. Pengguna dilarang membawa keluar buku dari bilik tersebut kecuali atas kebenaran guru atau pengawas bertugas.
  4. Buku-buku didalam bilik ini tidak boleh dipinjam.

PERATURAN PENGGUNAAN BILIK APD


  1. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik APD tanpa guru pengiring.
  2. Pelajar dikehendaki mematuhi tatatertib PSS semasa berada di bilik APD.
  3. Pengguna dikehendaki menyemak dan mematuhi peraturan-peraturan penggunaan alatan seperti TV, Astro, Perakam Video dan lain-lain.

PERATURAN SEMASA KECEMASAN


  1. Dengar dan ikut arahan yang diberikan oleh guru bertugas.
  2. Tinggalkan semua buku dan peralatan di atas meja.
  3. Segera keluar mengikut pintu berhampiran (mengikut pelan kecemasan yang disediakan).
  4. Elakkan berebut-rebut dan membuat bising semasa keluar.
  5. Berkumpul dan beratur di tempat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Ebook/ Flip Book

Murid-murid boleh baca e book di bawah. Seronok taw macam baca buku, sebab boleh flip. Tapi baca kat laptop atau smartphone je. Flipbook ...