Wednesday, January 16, 2019
Monday, January 7, 2019
PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
Peraturan PSS
1. Waktu perkhidmatan
Isnin - Khamis : 8.00 pagi - 4.30 petang | 4.30 petang - 6.30 petang (mengikut keperluan pelajar/guru)
Jumaat : 8.00 pagi - 12.30 tengahari | 2.30 petang- 4.30 petang
Sabtu : Mengikut keperluan pelajar / guru
Ahad : Ditutup
2. Keahlian
Ahli Tetap : Pelajar-pelajar, guru-guru tetap dan semua kakitangan SKBK 2, Shah Alam (menggunakan “ PSS card”)
Ahli Sementara : Guru sandaran, guru praktikal dan AJK PIBG (menggunakan kad sementara)
* semua pelajar dan guru diwajibkan menjadi ahli PSS
3. Kad Keahlian
Setiap ahli perlu memiliki “PSS card”
“PSS card” tidak boleh dipindah milik
“PSS card” yang rosak atau hilang boleh diperbaharui semula dengan membeli kad yang baru melalui guru PSS.
4. Denda
Butir Denda
Lewat memulangkan buku 20 sen sehari termasuk hari cuti
Buku/Bahan hilang/rosak Ganti rugi mengikut harga buku / bahan tersebut
Gagal mematuhi peraturan PSS Tindakan disiplin akan dikenakan
TATATERTIB SEMASA DI PSS
PERATURAN PENGGUNAAN BILIK RUJUKAN KHAS (RED SPOT)
PERATURAN PENGGUNAAN BILIK APD
PERATURAN SEMASA KECEMASAN

- Pelajar diwajibkan memakai unifom sekolah atau T-shirt sekolah di dalam PSS.
- Pelajar dilarang memakai selipar di dalam PSS.
- Pelajar kelas dikehendaki berbaris di luar PSS jika mengunjungi PSS bersama guru pengiring.
- Pengguna dilarang membawa masuk beg. Beg hendaklah disimpan di dalam loker yang disediakan.
- Pengguna dilarang membawa masuk buku-buku rujukan sendiri kecuali buku nota dan alat tulis sahaja.
- Pengguna perlu merekod penggunaan PSS di dalam buku rekod penggunaan PSS yang berkaitan.
- Pengguna dilarang membuat bising semasa berada di PSS.
- Pengguna dikehendaki meletak buku yang telah dibaca di atas troli yang disediakan. BUKU TIDAK PERLU DILETAK SEMULA DI ATAS RAK.
- Pengguna diminta menyusun meja dan kerusi dalam keadaan teratur sebelum meninggalkan PSS.
- Pengguna dilarang membawa keluar peralatan PSS tanpa kebenaran guru atau pengawas bertugas.
- Pengguna dilarang merosakkan buku dan peralatan di PSS.
- Pengguna dilarang makan dan minum di PSS.
- Pengguna diminta memberikan kerjasama yang baik kepada guru dan pengawas PSS.
- Guru dan pengawas PSS berhak meminta pengguna yang tidak mematuhi peraturan meninggalkan perpustakaan.
- Pihak PSS berhak meminda masa perkhidmatan, menarik balik kemudahan-kemudahan dan meminda mana-mana peraturan dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Sebarang pengumuman akan ditampalkan di papan kenyataan dan pintu masuk utama perpustakaan.
PERATURAN PENGGUNAAN BILIK RUJUKAN KHAS (RED SPOT)
- Pelajar perlu meminta kebenaran daripada guru atau pengawas bertugas.
- Pengguna perlu merekod penggunaan di dalam buku yang disediakan.
- Pengguna dilarang membawa keluar buku dari bilik tersebut kecuali atas kebenaran guru atau pengawas bertugas.
- Buku-buku didalam bilik ini tidak boleh dipinjam.
PERATURAN PENGGUNAAN BILIK APD
- Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik APD tanpa guru pengiring.
- Pelajar dikehendaki mematuhi tatatertib PSS semasa berada di bilik APD.
- Pengguna dikehendaki menyemak dan mematuhi peraturan-peraturan penggunaan alatan seperti TV, Astro, Perakam Video dan lain-lain.
PERATURAN SEMASA KECEMASAN
- Dengar dan ikut arahan yang diberikan oleh guru bertugas.
- Tinggalkan semua buku dan peralatan di atas meja.
- Segera keluar mengikut pintu berhampiran (mengikut pelan kecemasan yang disediakan).
- Elakkan berebut-rebut dan membuat bising semasa keluar.
- Berkumpul dan beratur di tempat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ebook/ Flip Book
Murid-murid boleh baca e book di bawah. Seronok taw macam baca buku, sebab boleh flip. Tapi baca kat laptop atau smartphone je. Flipbook ...